Selangkah Ke Menara Gading

PMG 10 - Lebih Hangat Daripada Biasa








Semua mengakui teruja mengikuti program Perkampungan Menara Gading ( PMG ) anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor ( PEPIAS ) apatah lagi mendapat sokongan ibubapa dan guru bertujuan untuk mengisi waktu cuti selepas berhempas pulas dalam menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).

Selepas didedahkan dengan beberapa slot program di Universiti Industri Selangor ( UNISEL ), Bestari Jaya, perasaan itu semakin meningkat dan bertukar seronok kerana banyak pengalaman serta pengetahuan baru ditimba dari fasilitator dan komiti yang hebat belaka.

4 hari 3 malam berada di program ini telah memberi impak yang besar dan positif dalam hidup setiap peserta terutama selepas saling kenal mengenali dan mengikuti aktiviti harian yang mana pengisiannya mendedahkan peserta mengenai pembudayaan ilmu dan berfikiran positif.

Rata-rata bersetuju bahawa pengalaman dalam PMG tidak pernah didapati dari mana-mana program sebelum ini apatah lagi fasilitator PEPIAS yang berpengetahuan luas dalam membantu peserta mengenal alam kampus.

PMG adalah satu program berteraskan ilmu dan mempunyai wadah tinggi dalam melahirkan generasi berminda kritis dan holistik.

PMG kali ini telah dijayakan dengan sokongan 17 fasilitator dan 47 komiti yang terdiri dari abang-abang dan kakak-kakak yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi pelbagai institusi pengajian tinggi.

Seramai 92 orang peserta dari seluruh negeri Selangor termasuk yang datang dari negeri Kelantan daripada lepasan SPM serta beberapa pelajar bukan SPM turut bersama-sama mengikuti program selama 4 hari 3 malam bermula 24-27 Disember 2009 lalu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri.

Setiap peserta telah mengikuti kesemua program yang diaturkan oleh penganjur iaitu terdapat 5 LDK yang mempunyai objektif tertentu bagi merealisasikan objektif sebenar program. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan persekitaran di kampus dan UNISEL menjadi tapak kepada mereka untuk mengenali suasana itu. Kreatif nya program ini ialah wujudkan facebook mahjung, boloq dan surat khabar PMG.

Walaupun peserta-peserta ini lambat panas namun ukhwah yang kuat berjaya diwujudkan.Ini dapat dibuktikan dengan disiplin setiap peserta dalam semua perkara seperti solat, makan, ceramah dan sebagainya. Kesepaduan suara dalam menyanyi lagu tema MENARA turut dapat membuktikan bahawa mereka telah menjadi sebuah keluarga PMG.

Peserta telah dibahagikan kepada setiap daerah masing-masing untuk menjalankan aktiviti yang ke arah kemasyarakatan. Mereka telah diselia oleh setiap pimpinan Pusat bagi memastikan program ini berjalan seperti dirancang.

Di akhir program, dapat dilihat suasana dewan menjadi sayu dan pilu. Dek kerana kami akan berpisah untuk pulang ke tempat masing-masing. Hati yang keras pun turut melelehkan air mata. Betapa kuatnya ukhwah yang telah terbina antara satu sama lain.

PMG kali ini tampak hebat kerana komitmen dan sokongan dari semua pihak. Terima kasih tidak terhingga kepada senior2 PEPIAS yang sanggup turun padang bagi memberi sokongan kepada adik-adik PMG ini. Walaupun PMG ini bergerak pada awalnya tiada satu sen pun wang di tangan namun berkat kesabaran, telah dibuktikan hasilnya iaitu PMG menjadi satu kenangan terindah bagi penutup tahun 2009.

Sekali lagi saya bagi pihak komiti dan fasilitator mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada adik-adik PMG kerana telah berjaya bergraduasi dari universiti PMG 10 ini. Semoga kenangan kita bersama dapat berkekalan selama-lamanya. PMG 10- Lebih Hangat Daripada Biasa...

Ikhlas dari Pengarah PMG 10



INDUKSI PMG 10

Assalamualaikum kepada semua komiti dan fasilitator Perkampungan Menara Gading ( PMG 10 ). Dijemput kepada semua komiti dan fasilitator PMG 10 untuk hadir ke INDUKSI PMG 10. Ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 11-13 Disember 2009 ( Jumaat - Ahad)



Masa : Lepas solat jumaat ( pendaftaran )


Tempat : akan dimaklumkan kemudian 

Bayaran : RM10 - RM15 (infak)



Kehadiran diwajibkan kepada semua yang terlibat. Segala maklumat sila hubungi Sdr Muzakkir di talian 013-2005672 atau Sdr Hazriq di talian 013-2007961

"Amalan Induksi Merapat Ukhwah Mendekati Allah"


p/s=
-sila bawa juga hasil kutipan jogathon anda.Kerjasama anda dalam mendapatkan RM150 amat dialu-alukan bagi melancarkan program ini.
-sila sahkan kehadiran anda kepada Sdr Hazriq atau Sdri Khaulah secepat mungkin.

Harap Maklum, Terima Kasih.

UNISEL, BESTARI JAYA







PMG 10 !!!




aktiviti-aktiviti sepanjang PMG..Jangan lepaskan peluang ini untuk anda rehatkan minda selepas bertungkus lumus dalam SPM

Jangan Lepaskan Peluang Ini


Hubungi

Pengarah Program : Muzakkir b Mohamad Noor

Alamat : Sekretariat PEPIAS

Lot 1690-8, Jalan Dato’ Hj Kaharuddin,

Kampung Changkat Batu

6 ¾, 53100 Gombak

Selangor D.E

No Tel. : 017-5086339/013-2005672


Setiausaha Program : Mastura bt Yusof

Alamat : Sekretariat PEPIAS

Lot 1690-8, Jalan Dato’ Hj Kaharuddin,

Kampung Changkat Batu

6 ¾, 53100 Gombak

Selangor D.E

No Tel. : 013-2008937

Sekretariat PEPIAS

Tel : 03-61842943

Fax : 03-61842943

Blog : http://persadapepias.blogspot.com

Organisasi


JAWATANKUASA PENGGERAK

Penaung
Sdr. Mohd Zulhelmi bin Abdullah
Presiden PEPIAS
Penasihat
Sdr. Mohd Azali bin Mohd Nor
Naib Presiden PEPIAS
Sdr. Rozaidi bin Rusmin
Exco Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan
Pengarah
Sdr. Muzakkir bin Mohamad Noor
Timbalan Pengarah
Sdr. Muhammad Muslim b. Hashim
Setiausaha 1
Sdri. Mastura bt Yusof
Setiausaha 2
Sdri. Nur Amalina bt Mohd Tuna
Setiausaha 3
Sdr. Mohd Fandey bin Padzin
Bendahari 1
Sdr. Ahmad Fawwaz bin Ahmad Shukri
Bendahari 2
Sdri. Nurul Izzati bt Hj Razali

JAWATANKUASA KHAS
Unit Modul

- Sdri. Norfadhilah Mastura bt Sokhibul Fadhil
- Sdr. Syaifusyafiq bin Shaifuddin
- Sdri. Mazlina bt Azmi
Ketua Fasilitator
- Sdr. Abdul Hafiz bin Abdul Bar
- Sdri. Nur Afiqah bt Tajuddin
- Sdri. Aida Musliha bt Jaimi
Penyelaras Program

- Sdr. Mohd Hazriq bin Abd Rahim
- Sdr. Muhammad Zahiruddin bin Dzolkipli
- Sdr. Shafiezan bin Rosli
- Sdri. Siti Khaulah bt Sokhibul Fadhil

JAWATANKUASA KECIL

Ketua Biro Tajaan & Kebajikan
Sdri. Nur Fatin Nawwar bt Mohd Fuad
Ketua Biro Disiplin & Ibadah
Sdr. Mohd Afiq bin Ramlee
Ketua Biro Pengangkutan & Logistik
Sdr. Ahmad Adri Hushairi bin Ahmad Fu’ad
Ketua Biro Makanan & Cenderahati
Sdr. Adrulrizal bin Ali Zamar
Ketua Biro Teknikal & Multimedia
Sdr. Rozaidi bin Jamaludin
Ketua Biro Pendaftaran & Protokol
Sdr. Muhammad Hafiz Bin Mohamad Shamon
Ketua Biro Promosi, Perhubungan & Pameran
Sdr. Mohd Razman Bin Razali
Ketua Biro Tugas-tugas Khas
Sdr. Mohd Lokman Bin Faivdullah


Latar Belakang

PEPIAS merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Didaftarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dengan nama Persatuan Kebajikan & Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan & Selangor D.E. Didaftarkan semula dengan ROY (Registra of Youth) pada tahun 2008 dengan nama yang digunakan pada hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan di merata bumi Selangor.

Objektif

1. Memberi pendedahan tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran di IPT dan segala kemudahan pembiayaan pelajaran kehidupan di IPT.

2. Mewujudkan pembudayaan ilmu kepada peserta sebelum melangkah ke alam kampus.

3. Mewujudkan jaringan Mahasiswa sekiranya berpeluang melanjutkan ke mana-mana universiti.

Pengenalan


Wawasan 2020 yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamed kini menampakkan suatu kerisauan. Impian Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 bakal terkubur andainya masalah kekurangan tenaga mahir tempatan tidak diatasi dengan kadar yang segera. Tanpa perlu menoleh jauh, lihat saja sektor pembinaan negara yang majoritinya dimonopoli oleh buruh asing. Selain dari kos buruh asing yang rendah, faktor kemahiran juga dilihat sebagai sebab kenapa tenaga kudrat buruh asing berterusan ditagih. Mahu atau pun tidak, negara perlu melahirkan ramai lagi tenaga mahir tempatan bagi menampung perkembangan ekonomi negara yang kian pesat.
Tenaga mahir sahaja belum mencukupi. Amalan korupsi yang berleluasa bakal menjatuhkan seluruh sistem ekonomi negara. Jenayah kolar putih dikalangan mereka yang berkedudukan akan menyebabkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat lantas kekayaan negara tidak dapat dikongsi dengan adil. Justera konsep membangunkan Modal Insan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan suatu konsep yang tepat pada masanya. Modal Insan bukan sahaja menitikberatkan aspek pekerja berkemahiran tinggi, malah turut menerapkan aspek pekerja berintegriti. Andai konsep ini dapat diterapkan sepenuhnya kepada seluruh pekerja di negara ini, nescaya kita bakal menyaksikan Malaysia sebagai sebuah negara model yang membangun secara seimbang.
Menyedari suasana tersebut, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan, PEPIAS tampil mengambil inisiatif merangka sebuah program yang menggabungkan beberapa aspek bagi membentuk bakal pekerja mahir tempatan yang berintegriti tinggi. Program yang dinamakan sebagai Perkampungan Menara Gading (PMG) ini, mensasarkan pelajar lepasan SPM yang juga generasi pelapis negara. PMG bakal memberi pendedahan awal kepada peserta tentang kehidupan di alam kampus yang serba mencabar. Pelbagai ruang dan peluang bakal didedahkan bagi membantu peserta melanjutkan pelajaran samada dari segi bidang pengajian mahupun pembiyaan pelajaran. Sebagai nilai tambah bagi program ini, ia turut menerapkan budaya mencintai ilmu dan menyemai semangat kesukarelaan.
PMG diharap mampu menampakkan peluang dan meningkatkan motivasi para peserta untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Usaha Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan pekerja yang bukan sekadar berkemahiran tinggi, malah berintegriti, seterusnya melahirkan generasi kepimpinan dan kesukarelaan belia negara yang dapat menyumbang secara aktif terhadap pelaksanaan misi nasional dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

TARIKH
24- 27 Disember 2009 (4 Hari 3 Malam)
Khamis – Ahad

TEMPAT
Universiti Industri Selangor ( UNISEL ), Bestari Jaya