Selangkah Ke Menara Gading

PeBIS 2010-One Moment

Berakhirnya PeBIS 2010...


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi Perkhemahan Belia Islam Selangor 2010 (PeBIS) telah berakhir dengan jayanya pada 7 Mac 2010 tepat pukul 02.35 pm . Program PeBIS ini telah berlangsung di Kem Nur Bukit Unggul, Sepang selama 3 hari 2 malam bermula 5 - 7 Mac 2010. Program PeBIS yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini di hadiri oleh peserta-peserta PMG ke 9 dan 10, ahli-ahli PEPIAS dari setiap kampus dan pimpinan PEPIAS Pusat. Seramai 122 peserta telah menglibatkan diri di dalam PeBIS ini (lebih 2 orang dari tahun lepas).




Program yang ketuai oleh Sdr Mohd Hafiz Bin Shamon iaitu sebagai Pengarah Program PeBIS kali ini telah dijayakan dengan sokongan daripada pelbagai pihak yang telah menaja perkhemahan ini dari segi alat-alatan, pengangkutan, khemah dan lain-lain walaupun terdapat pelbagai kesulitan sebelum program ini dijalankan. Antara objektif utama program PeBIS ini ialah menyediakan para belia yang berkeyakinan tinggi dan mampu memberi semangat juang dalam menghadapi cabaran, menggilap potensi dan jati diri kader-kader agar dapat menjadi lebih berketrampilan dan mempunyai peribadi da’ie yang baik serta menjadikan belia dan pelajar sebagai agen perubah bagi masyarakat yang semakin hari dilihat semakin jauh menyimpang daripada nilai-nilai agama dan norma-norma kehidupan masyarakat yang bertamadun.




Anta
ra aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang PeBIS 2010 ini ialah peserta-peserta dibahagikan mengikut rumah sukan iaitu Rumah Merah, Hitam, Biru, Kuning, Hijau, Peach, Ungu, Pink, Jungle Trekking, Cooking in Jungle, Solat Berjemaah, Qiammulail, Obstacle, Explorace (makan bawang, selam dalam kolam, sudoku dll), Sukaneka, Ceramah oleh Sdr Presiden PEPIAS, Mohd Zulhilmi b Abdullah, presentation dan macam-macam lagi. Pertukaran tempat tidur dari khemah ke dewan berhawa dingin sedikit sebanyak telah menghilangkan seri perkhemahan ini namun peserta tetap bersemangat meneruskan program ini walaupun hujan membasahi tanah yang subur di Bukit Unggul itu. Perasmian penutup Program PeBIS kali ke 2 ini pada 7 Mac telah dirasmikan oleh Tuan Presiden sendiri.




Pelbagai kenangan telah diperolehi sepanjang program ini dijalankan. Semoga objektif yang diterapkan dapat digunakan sebaiknya oleh setiap peserta. Ukhwah yang terbina akan kekal selamanya dalam menjalankan kerja dakwah ini. Tersematnya moto PeBIS dihati setiap peserta iaitu BELIA GAGAH PEMBANGKIT WIBAWA UMMAH maka berkobarlah lagi untuk bergiat dalam medan ini bersama wadah PEPIAS.







Disini kita bermula untuk penerusan kerja yang banyak...Ingat banyak lagi kerja kita perlu buat..Siapa lagi kalau bukan kita. Jangan malu untuk tarik orang lain bersama kita.





Tahniah diucapkan kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan Pebis 2010 kali ini terutamanya kepada Pengarah dan komiti-komiti Pebis yang penuh komitmen, PEPIAS PUSAT, HISEP serta buat semua peserta PebIS 2010. Jumpa lagi di kerja dakwah. Sekian.

Salahuddin Al-Ayubi...Auuumm!!!
Salman Al Farisi
Umar Abd Aziz
Hulagu Khan
Umar Al Khatab
Khalid Al-Walid
Sultan Mohamad Al-Fateh
Bilal b Rabah

Nantikan PeBIS 2011...

Good Luck SPM 2009..

SEMOGA BERJAYA BUAT ADIK-ADIK KAMI YANG AKAN MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2009 PADA HARI ESOK. SEMOGA BERJAYA DENGAN KEPUTUSAN CEMERLANG. JANGAN LUPA UNTUK MEMBERITAHU KEPADA ABANG DAN KAKA FASI KAMU SEMUA.


PESAN KAMI BUAT ADIK-ADIK SEMUA JIKA GAGAL, JANGAN LA KECEWA, JIKA BERJAYA JANGANLAH BANGGA. TERUSKAN MENUNTUT ILMU SAMPAI AKHIR HAYAT. PELUANG MENCARI ILMU BERADA DI MANA-MANA SAHAJA.

GOOD LUCK TO YOU ALL. SALAM IKHLAS DARIPADA KAMI SEMUA.

CHAIYOK PMG 10 !!!

Corat-coret PeBIS 2009

Berakhirnya PeBIS 2009...Nantikan PeBIS 2010



Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi Perkhemahan Belia Islam Selangor 2009 (PeBIS) telah berakhir dengan jayanya pada 26 Januari 2009 tepat pukul 03.55 pm . Program PeBIS ini telah berlangsung di Kem Latihan Belia Bukit Lagong, Selayang,Selangor selama 3 hari 2 malam bermula 24 - 26 Januari 2009. Program PeBIS yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Exco Belia & Sukan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini di hadiri oleh peserta-peserta PMG ke 9, ahli-ahli PEPIAS dari setiap kampus dan pimpinan PEPIAS Pusat. Seramai 120 peserta dari pelbagai IPT dan tempat telah menglibatkan diri didalam Program PeBIS ini. Program yang ketuai oleh Abdul Hafiz Bin Abdul Bar iaitu sebagai Pengarah Program PeBIS kali ini telah dijayakan dengan sokongan daripada pelbagai pihak yang telah menaja perkhemahan ini dari segi alat-alatan, pengangkutan, khemah dan lain-lain. Antara objektif utama program PeBIS ini ialah menyediakan para belia yang berkeyakinan tinggi dan mampu memberi semangat juang dalam menghadapi cabaran, menggilap potensi dan jati diri kader-kader agar dapat menjadi lebih berketrampilan dan mempunyai peribadi da’ie yang baik serta menjadikan belia dan pelajar sebagai agen perubah bagi masyarakat yang semakin hari dilihat semakin jauh menyimpang daripada nilai-nilai agama dan norma-norma kehidupan masyarakat yang bertamadun. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program PeBIS ini ialah peserta-peserta dibahagikan mengikut FIRQAH, makan dalam Talam, Night Walk, Solat Berjemaah, Qiammulail, Obstacle, Rock Climbing, Ceramah yang disampaikan oleh Nizal Mohammad yang bertajuk 'Who Are we?? Why Must We??' dan macam-macam lagi. Perasmian penutup Program PeBIS kali ke 9 ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Amiruddin Shari, Adun Batu Caves merangkap Exco Belia & Sukan Selangor. Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan kehadiran Professor Dr. Muhammad Nur Manuty (Fellow Kanan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Saudara Zamani Mohd Karulani (Penghulu Mukim Batu) .



Kenangan Terindah Peserta Perkhemahan Belia Islam Selangor 2009

Disini kita bermula untuk penerusan kerja yang banyak...

Pastikan anda aktifkan diri anda untuk ke PeBIS. Satu pengalaman yang pasti akan sukar dilupakan. Rugi bagi yang tidak ingin menyertainya....Tunggu kemunculan PeBIS 2010. Datang beramai-ramai ea.

Perkhemahan Belia Islam Selangor 2010 ( PeBIS '10 )



PERKHEMAHAN BELIA ISLAM SELANGOR 2009

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur diantara 17 (lepasan SPM) hingga 22 tahun....exspecially for ahli PEPIAS dan alumni PMG 9 dan PMG 10. Nak ajak kawan-kawan pun boleh.

TARIKH : 5-7 MAC 2010 ( 3 hari lepas besday abg k, so ley bawa hadiah sekali )
TEMPAT : KEM NUR BUKIT UNGGUL
PENDAFTARAN : 2.30 - 5.00 PETANG


Bayaran : Rm 20 seorang untuk 3 hari 2 malam termasuk makan, minum, penginapan, aktiviti-aktiviti di dalam kem, dan lain-lain...

sILA mAkLUmKAn kEhAdIRAN AnDA KE PeBIS ini sebelum 27 Februari 2010

Maklumat lanjut serta pendaftaran, sila hubungi :-

Asyraf : 019-3654539

Muzakkir 017 - 5086339


Gathering Alumni PMG 10 - GOMBAK


Bertelur sebiji, riuh sekampung.
(Asal bergaya walau bola masuk longkang)

Pada 2 Jan 2010, pertemuan ahli PEPIAS dan peserta PMG10 daerah Gombak telah berlangsung di pusat Bowling Selayang Mall. Pertemuan jam 11.00 pg itu dimulakan dengan sesi ta'ruf dan pengenalan ringkas tentang PEPIAS oleh saudara Zulhelmi Abdullah. Acara diteruskan dengan pertandingan bowling. Selepas solat zohor, aktiviti makan bersama di restoran satay hj samuri yang disusuli dengan pengisian dan makluman program oleh Timb. Pres, Abd Sukor & Naib Pres, Azali. Pertemuan bersurai sekitar 4 ptg.

2 perkara menarik yang ingin saya kongsikan ialah:

1. kesungguhan dan kebolehan adik2 baru menarik lebih ramai lagi rakan mereka untuk turut serta dengan kita (PEPIAS). Seorang adik tingkatan 4 mempromosikan PEPIAS kepada senior2 nye yg belajar di tingktn 6 dan di IPT. Hatta adik tingkatan 2 pn hadir sbg pendedahan awal untuk mereka. Ramai muka baru yg membawa tenaga baru.

2. seorang petugas di restoran hj samuri menawarkan 2 anaknya untuk turut serta bersama PEPIAS setelah melihat pertemuan ringkas kita di meja makan yang bukan kosong tetapi penuh makna. Sambil makan sambil mendapat pengisian. Santapan jasmani & rohani.

Andai kita ingin terus relevan sbg organisasi dakwah, bnyklah berusa utk turun ke masyarakat terutama yg terdekat seperti jiran sebelah rumah kita sendiri. Kalau dakwah telah menjadi eksklusif, tunggulah lenyap nye persatuan ini. Ingatlah ayat yang permulaannya

"abasa watawalla..."

cari ayat ini dan mengerti..


bersama 1 roll nasi impit



model terbaru restoran hj Samuri
(Resit dgn harga yg perlu dibayar.)



LUARBIASANYA PMG 10





Pada 24-27 Dis yang lalu, PEPIAS telah menganjurkan Perkampungan Menara Gading yang genap kali ke 10 di Universiti Industri Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Program 4 hari 3 malam itu dirasmikan oleh Exco kerajaan Negeri, Dr. Halimah dan dihadiri oleh Timb. Naib Cemselor UNISEL, Prof Madya Zainal Kidam. Seramai 92 peserta menghadiri program ini yang juga sama bilangannya pada penganjuran PMG yang lalu. Pelbagai aktiviti dijalankan sebagai pendedahan awal terhadap peserta untuk memasuki alam menara gading. Berikut merupakan ringkasan program ini.

Sesi pendaftaran pada hari pertama.


Taklimat dari pc di dewan censelori

Majlis perasmian oleh exco negeri

Berkumpul di dewan biru pada hari ke 2

sesi LDK 1

sesi LDK 2

Rehat seketika menjamu selera

Fasilitator menggamatkan suasana

Bina Menara (hari ke 3)

PMG 10 - Lebih Hangat Daripada Biasa








Semua mengakui teruja mengikuti program Perkampungan Menara Gading ( PMG ) anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor ( PEPIAS ) apatah lagi mendapat sokongan ibubapa dan guru bertujuan untuk mengisi waktu cuti selepas berhempas pulas dalam menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).

Selepas didedahkan dengan beberapa slot program di Universiti Industri Selangor ( UNISEL ), Bestari Jaya, perasaan itu semakin meningkat dan bertukar seronok kerana banyak pengalaman serta pengetahuan baru ditimba dari fasilitator dan komiti yang hebat belaka.

4 hari 3 malam berada di program ini telah memberi impak yang besar dan positif dalam hidup setiap peserta terutama selepas saling kenal mengenali dan mengikuti aktiviti harian yang mana pengisiannya mendedahkan peserta mengenai pembudayaan ilmu dan berfikiran positif.

Rata-rata bersetuju bahawa pengalaman dalam PMG tidak pernah didapati dari mana-mana program sebelum ini apatah lagi fasilitator PEPIAS yang berpengetahuan luas dalam membantu peserta mengenal alam kampus.

PMG adalah satu program berteraskan ilmu dan mempunyai wadah tinggi dalam melahirkan generasi berminda kritis dan holistik.

PMG kali ini telah dijayakan dengan sokongan 17 fasilitator dan 47 komiti yang terdiri dari abang-abang dan kakak-kakak yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi pelbagai institusi pengajian tinggi.

Seramai 92 orang peserta dari seluruh negeri Selangor termasuk yang datang dari negeri Kelantan daripada lepasan SPM serta beberapa pelajar bukan SPM turut bersama-sama mengikuti program selama 4 hari 3 malam bermula 24-27 Disember 2009 lalu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri.

Setiap peserta telah mengikuti kesemua program yang diaturkan oleh penganjur iaitu terdapat 5 LDK yang mempunyai objektif tertentu bagi merealisasikan objektif sebenar program. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan persekitaran di kampus dan UNISEL menjadi tapak kepada mereka untuk mengenali suasana itu. Kreatif nya program ini ialah wujudkan facebook mahjung, boloq dan surat khabar PMG.

Walaupun peserta-peserta ini lambat panas namun ukhwah yang kuat berjaya diwujudkan.Ini dapat dibuktikan dengan disiplin setiap peserta dalam semua perkara seperti solat, makan, ceramah dan sebagainya. Kesepaduan suara dalam menyanyi lagu tema MENARA turut dapat membuktikan bahawa mereka telah menjadi sebuah keluarga PMG.

Peserta telah dibahagikan kepada setiap daerah masing-masing untuk menjalankan aktiviti yang ke arah kemasyarakatan. Mereka telah diselia oleh setiap pimpinan Pusat bagi memastikan program ini berjalan seperti dirancang.

Di akhir program, dapat dilihat suasana dewan menjadi sayu dan pilu. Dek kerana kami akan berpisah untuk pulang ke tempat masing-masing. Hati yang keras pun turut melelehkan air mata. Betapa kuatnya ukhwah yang telah terbina antara satu sama lain.

PMG kali ini tampak hebat kerana komitmen dan sokongan dari semua pihak. Terima kasih tidak terhingga kepada senior2 PEPIAS yang sanggup turun padang bagi memberi sokongan kepada adik-adik PMG ini. Walaupun PMG ini bergerak pada awalnya tiada satu sen pun wang di tangan namun berkat kesabaran, telah dibuktikan hasilnya iaitu PMG menjadi satu kenangan terindah bagi penutup tahun 2009.

Sekali lagi saya bagi pihak komiti dan fasilitator mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada adik-adik PMG kerana telah berjaya bergraduasi dari universiti PMG 10 ini. Semoga kenangan kita bersama dapat berkekalan selama-lamanya. PMG 10- Lebih Hangat Daripada Biasa...

Ikhlas dari Pengarah PMG 10