Selangkah Ke Menara Gading

PMG 10 - Lebih Hangat Daripada Biasa








Semua mengakui teruja mengikuti program Perkampungan Menara Gading ( PMG ) anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor ( PEPIAS ) apatah lagi mendapat sokongan ibubapa dan guru bertujuan untuk mengisi waktu cuti selepas berhempas pulas dalam menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).

Selepas didedahkan dengan beberapa slot program di Universiti Industri Selangor ( UNISEL ), Bestari Jaya, perasaan itu semakin meningkat dan bertukar seronok kerana banyak pengalaman serta pengetahuan baru ditimba dari fasilitator dan komiti yang hebat belaka.

4 hari 3 malam berada di program ini telah memberi impak yang besar dan positif dalam hidup setiap peserta terutama selepas saling kenal mengenali dan mengikuti aktiviti harian yang mana pengisiannya mendedahkan peserta mengenai pembudayaan ilmu dan berfikiran positif.

Rata-rata bersetuju bahawa pengalaman dalam PMG tidak pernah didapati dari mana-mana program sebelum ini apatah lagi fasilitator PEPIAS yang berpengetahuan luas dalam membantu peserta mengenal alam kampus.

PMG adalah satu program berteraskan ilmu dan mempunyai wadah tinggi dalam melahirkan generasi berminda kritis dan holistik.

PMG kali ini telah dijayakan dengan sokongan 17 fasilitator dan 47 komiti yang terdiri dari abang-abang dan kakak-kakak yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi pelbagai institusi pengajian tinggi.

Seramai 92 orang peserta dari seluruh negeri Selangor termasuk yang datang dari negeri Kelantan daripada lepasan SPM serta beberapa pelajar bukan SPM turut bersama-sama mengikuti program selama 4 hari 3 malam bermula 24-27 Disember 2009 lalu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri.

Setiap peserta telah mengikuti kesemua program yang diaturkan oleh penganjur iaitu terdapat 5 LDK yang mempunyai objektif tertentu bagi merealisasikan objektif sebenar program. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan persekitaran di kampus dan UNISEL menjadi tapak kepada mereka untuk mengenali suasana itu. Kreatif nya program ini ialah wujudkan facebook mahjung, boloq dan surat khabar PMG.

Walaupun peserta-peserta ini lambat panas namun ukhwah yang kuat berjaya diwujudkan.Ini dapat dibuktikan dengan disiplin setiap peserta dalam semua perkara seperti solat, makan, ceramah dan sebagainya. Kesepaduan suara dalam menyanyi lagu tema MENARA turut dapat membuktikan bahawa mereka telah menjadi sebuah keluarga PMG.

Peserta telah dibahagikan kepada setiap daerah masing-masing untuk menjalankan aktiviti yang ke arah kemasyarakatan. Mereka telah diselia oleh setiap pimpinan Pusat bagi memastikan program ini berjalan seperti dirancang.

Di akhir program, dapat dilihat suasana dewan menjadi sayu dan pilu. Dek kerana kami akan berpisah untuk pulang ke tempat masing-masing. Hati yang keras pun turut melelehkan air mata. Betapa kuatnya ukhwah yang telah terbina antara satu sama lain.

PMG kali ini tampak hebat kerana komitmen dan sokongan dari semua pihak. Terima kasih tidak terhingga kepada senior2 PEPIAS yang sanggup turun padang bagi memberi sokongan kepada adik-adik PMG ini. Walaupun PMG ini bergerak pada awalnya tiada satu sen pun wang di tangan namun berkat kesabaran, telah dibuktikan hasilnya iaitu PMG menjadi satu kenangan terindah bagi penutup tahun 2009.

Sekali lagi saya bagi pihak komiti dan fasilitator mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada adik-adik PMG kerana telah berjaya bergraduasi dari universiti PMG 10 ini. Semoga kenangan kita bersama dapat berkekalan selama-lamanya. PMG 10- Lebih Hangat Daripada Biasa...

Ikhlas dari Pengarah PMG 10



INDUKSI PMG 10

Assalamualaikum kepada semua komiti dan fasilitator Perkampungan Menara Gading ( PMG 10 ). Dijemput kepada semua komiti dan fasilitator PMG 10 untuk hadir ke INDUKSI PMG 10. Ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 11-13 Disember 2009 ( Jumaat - Ahad)



Masa : Lepas solat jumaat ( pendaftaran )


Tempat : akan dimaklumkan kemudian 

Bayaran : RM10 - RM15 (infak)



Kehadiran diwajibkan kepada semua yang terlibat. Segala maklumat sila hubungi Sdr Muzakkir di talian 013-2005672 atau Sdr Hazriq di talian 013-2007961

"Amalan Induksi Merapat Ukhwah Mendekati Allah"


p/s=
-sila bawa juga hasil kutipan jogathon anda.Kerjasama anda dalam mendapatkan RM150 amat dialu-alukan bagi melancarkan program ini.
-sila sahkan kehadiran anda kepada Sdr Hazriq atau Sdri Khaulah secepat mungkin.

Harap Maklum, Terima Kasih.

UNISEL, BESTARI JAYA







PMG 10 !!!




aktiviti-aktiviti sepanjang PMG..Jangan lepaskan peluang ini untuk anda rehatkan minda selepas bertungkus lumus dalam SPM

Jangan Lepaskan Peluang Ini